Monday, March 31, 2008

EASY SOLAT : Satu Pengenalan

Kami Membuka Peluang Kepada Yang Berminat untuk menganjurkan program ini sempena cuti sekolah bulan Mei akan datang. Promosi istimewa, tiada yang setandingnya. Untuk contoh kertas kerja lengkep emailkan kepada nazmad79@yahoo.com
EASY SOLAT ...?
Kajian secara rambang yang saya jalankan ke beberapa sekolah menengah ( rata-rata sudah baligh ) mendapati hampir 80% pelajar melayu muslim tidak menunaikan SOLAT secara konsisten. Satu kesimpulan mudah saya berikan kepada warga pendidik, di sinilah punca mereka terlibat dengan pelbagai perkara negatif. Kesimpulan mudah saya berikan apabila manusia gagal menjaga hubungan dengan Allah maka kepada mereka ini jangan diharapkan mampu membina hubungan yang baik sesama manusia sama ada kepada ibubapa, guru dan sesiapa sahaja. Tanpa rasa keterikatan dengan Allah manusia akan terus hanyut, merasakan diri mereka sentiasa betul dan hebat.

Justeru, saya cuba mengkaji dan mendalami di mana silapnya sehingga ramai di kalangan pelajar tidak menunaikan/mengabaikan solat. Antara yang saya temui kerana :
  • tidak tahu/reti nak solat
  • malas / tiada masa / tidak minat
  • tiada suasana solat di rumah

Ketiga-tiga masalah ini cuba dirungkaikan melalui program sehari EASY SOLAT bersama Imtiyaz Training & Motivation, dengan penuh rendah diri saya nyatakan saya tidak menjamin perubahan drastik kepada peserta yang mengikuti EASY SOLAT segalanya bergantung kepada ALLAH SWT. Kita merancang ketentuan adalah dariNYa jua. Janji kami insya allah memberikan yang terbaik melalui modul EASY SOLAT

Sasaran peserta

Pelajar sekolah rendah ( darjah 3 ke atas ) / Pelajar sekolah menengah

Kenapa EASY ?

Solat itu sebenarnya mudah melainkan bagi mereka yang tidak memahami konsep SOLAT. Segalanya bergantung kepada kefahaman dan pengulangan. Sesuatu perkara yang susah akan jadi senang sekiranya selalu diulang dan difahami ditambah pula dengan penghayatan.

Tempoh Program ?

Sehari bermula jam 8.30 am - 5.00 petang

Apakah modul yang digunakan ?

  • Slot pertama : Motivasi EASY SOLAT : Easy to Solat, Solat too Easy
  • Slot kedua : Easy Teori & Praktikal : Solat 3 rukun
  • Slot ketiga : Bengkel EASY dan Muhasabah

Jumlah Maksima Peserta

150 orang untuk sesuatu sesi - adalah digalakkan untuk diasingkan di antara pelajar sekolah rendah dan menengah untuk sesuatu sesi

Bagaimana menganjurkannya ?

Saya menggalakkan sekolah/masjid/surau/persatuan penduduk/yayasan dan mana-mana badan kerajaan atau swasta yang berminat untuk menganjurkannya. Pihak Imtiyaz Training & Motivation menyediakan kepakaran modul, moderator, fasilitator, penceramah dan bahan program. Manakala pihak menganjur menyediakan peserta, makanan dan tempat program. Segala pengurusan program boleh dirunding.

Siapa yang patut dihubungi

Ustaz Hj Norazman b Hj Mohamad ( 019-6400062) @ Pej/Fax : 066792617

No 122-1 tingkat atas, Jalan Taman Komersial Senawang 5, Taman Komersial Senawang, 70450 Senawang . Negeri Sembilan Darul Khusus.

Di antara program EASY SOLAT yang telah dijalankan

  • 10 Disember 2007 ( Masjid Jamek Ampangan )
  • 11 Disember 2007 ( Masjid Bandar Baru Senawang )
  • 12 Disember 2007 ( Masjid Negeri, Seremban - kerjasama dengan Telekom N.Sembilan)
  • 12 Februari 2008 ( Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu )
  • 16 Februari 2008 ( Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu )
  • 23 Februari 2008 ( Masjid Jamek Pekan Gemas )
  • 22 Mac 2008 ( Surau Taman Sri Kasih, Senawang, Seremban - sempena Maulud Nabi )